Taburan pulau-pulau yang membentuk Pulau Payar terletak 30
km ke tenggara Langkawi. Dari sini, perjalanan ke taman laut terbaik di Pantai
Barat Malaysia mengambil masa 1 jam dengan menaiki bot, menjadikan ia tempat
sesuai untuk dilawati.
Taman laut yang meliputi beberapa buah gugusan pulau ini
dijaga rapi. Taman laut Pulau Payar merupakan taman laut terbesar di antara
pulau-pulau ini. Anda pasti tertarik dengan tambatan terapung yang terletak tak
jauh dari Pulau Payar.
Masuk ke dalam kebuk pemerhatian bawah laut untuk melihat
hidupan laut yang dikelilingi terumbu karang. Anda ingin lebih dekat dengan
kumpulan ikan yang mendiami terumbu karang dasar laut? Pakai topeng oksigen,
peralatan menyelam dan saksikan keindahan dasar laut.
Jika anda gemar menyelam, lokasi terbaik ialah di sepanjang
kawasan terumbu karang di selatan, timur dan barat Pulau Payar. Sila periksa
dengan pengendali aktiviti kerana keperluan di setiap tempat adalah berlainan.
Tiada penginapan disediakan di Taman Laut Pulau Payar tetapi
terdapat banyak resort dan restoran disediakan di Langkawi dan hanya mengambil
masa singkat menaiki bot laju.