Terletak di puncak barat Langkawi, Pulau Beras Basah
menawarkan percutian yang menenangkan dengan pantai bersih dan hutan hijau yang
indah.
Pengunjung ke pulau ini selalunya datang mengikut lawatan 4
jam ke pulau, yang termasuk Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Hampir
semua agensi pelancongan di Langkawi boleh membantu anda untuk menguruskan
lawatan ke pulau.
Oleh kerana pulau-pulau ini tidak dikomersialkan, tidak
banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Oleh itu, ambil masa untuk
berehat atau membaca buku, berjemur, atau berenang di dalam air biru yang
jernih.